Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sistem Muaz permudah agih zakat

SHAH ALAM, 9 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menaik taraf sistem agihan zakat di negeri itu menerusi sistem dikenali sebagai Maklumat Urusan Agihan Zakat (Muaz).

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata langkah terbabit dibuat LZS bagi kemudahan golongan asnaf termasuk memohon bantuan zakat.

LZS

“Sistem ini membantu melihat bantuan zakat yang bersesuaian dengan keperluan sesebuah keluarga.

“Pengurusan keluarga asnaf juga dipermudahkan melalui pengurusan kitaran hidup Asnaf (Asnaf Life Cycle Management) yang terdapat dalam Muaz,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam sistem itu juga perkembangan setiap keluarga dapat dipantau sehingga mereka keluar dari kategori asnaf.

Katanya, berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), LZS akan melaksanakan kajian kadar Haddul Kifayah bertujuan menyemak semua kadar keperluan asasi seiring dengan peningkatan taraf hidup pada masa ini.

“Satu kajian kadar kecukupan bantuan agihan akan turut dilaksanakan agar ia sesuai dengan keperluan semasa.

“LZS terus menyantuni asnaf baharu dengan menambah program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) di setiap daerah,” katanya menjangka kajian kadar Haddul Kifayah akan bermula pada pertengahan tahun ini.

Seiring perkembangan teknologi masa kini, LZS mengambil peluang memperkenalkan domain baharu bagi portalnya iaitu www.zakatselangor.com.my menggantikan domain sebelumnya (www.e-zakat.com.my).

Mohamad Adzib berkata, antara kemudahan diperkenalkan ialah aplikasi lapor asnaf yang mana masyarakat boleh menyalurkan maklumat individu atau keluarga susah dan memerlukan bantuan LZS.

“Aplikasi ini turut boleh digunakan di telefon pintar yang dimuat naik secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store,” katanya.

EZY

Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-11 10:51:28 daripada Administrator

  •  
  • Print