Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Budaya culas penjawat awam perlu ditangani elak pembaziran

SHAH ALAM 16 FEB: Budaya culas kalangan penjawat awam perlu ditangani kerana sekiranya terus dibiarkan negeri dan negara berdepan pembaziran sumber tenaga kerja.

Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, unit Integriti SUK Selangor akan memantau aktiviti itu dan tindakan tatatertib boleh diambil.

10492554_908335495866163_1192912940402972761_n

“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,” kata Khusrin.

Katanya, masih ramai kakitangan yang minum pagi dan membeli belah pada waktu bekerja.

Mohammed Khusrin menegaskan terjahan ini bukan hanya dijalankan di Bangunan SUK malah unit integriti ini juga bergerak ke daerah seluruh negeri.

“Terjahan mengekang budaya mengular di kalangan penjawat awam ini bukan main-main.

10983149_908335552532824_7470435572988442043_n

“Kerajaan negeri serius mengubah budaya kerja tidak sihat seumpama ini di Selangor,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau baru-baru ini mengadakan lawatan mengejut (spot check) di Kafe Dewan Jubli Perak dan gerai-gerai kecil di Bangunan ‘SSAAS’ pada Jumaat lepas bagi membanteras budaya itu daripada terus berleluasa.

Gambar: Facebook Mohammed Khusrin Munawi

EZY

Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-17 08:47:42 daripada Administrator

  •  
  • Print