Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Cemar sumber air, Kerajaan Negeri takkan berkompromi

SHAH ALAM, 18 FEB: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan menutup operasi kilang di Sungai Purun kerana menyumbang kemerosotan kualiti air di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib berkata, tindakan itu diambil hasil siasatan JAS bersama Pasukan Petugas Pencemaran Sumber Air diketuai Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan operator loji Semenyih iaitu  ABASS.

loji air

“Kilang itu tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kerajaan Negeri menegaskan bahawa tiada kompromi untuk pihak yang mencemar sumber air,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa yang sama, Zaidy berkata, Luas dan JAS masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca lain yang menyumbang kepada pencemaran air mentah itu.

“Kerajaan Selangor amat kesal atas insiden yang berlaku dan sangat bersimpati kepada rakyat yang menghadapi masalah bekalan air.

“Tambahan pula dalam suasana sambutan Perayaan Tahun Baru Cina kini,” katanya.

IMG_9498

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih mengurangkan pengeluaran air terawat mulai 15 Februari lalu selepas operator loji mengesan tahap keasidan yang rendah dengan kewujudan manganese dan ammonia melebihi had piawai dibenarkan.

Status terkini setakat jam 600 pagi, 98 peratus kawasan yang terjejas mula mendapat bekalan air terawat semula.

Kawasan yang masih lagi terjejas adalah Bandar Puteri Puchong iaitu 50 peratus pulih dan Puchong Hartamas (75%).

-NFN-

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-18 14:36:25 daripada Administrator

  •  
  • Print