Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

800 sertai pertandingan berbasikal kriterium Shah Alam

SHAH ALAM, 20 FEB: Peserta daripada pasukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Sufian Nabil Omar berjaya merangkul tempat pertama kategori terbuka Pertandingan Berbasikal Kriterium Shah Alam kali ke-15 baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata pertandingan yang diadakan di sekitar Taman Tasik berjaya menarik lebih 800 penyertaan.

IMG_5588

“Kita sememangnya menggalakkan penyertaan pengayuh basikal professional sebagai inspirasi kepada pengayuh amatur.

“Pertandingan ini juga sebagai didikan kepada warga kota untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori dipertandingkan adalah kategori basikal bukit dan basikal lumba serta pertandingan terbuka mengikut peringkat umur ditetapkan.

Peringkat umur yang dipertandingkan adalah lelaki bawah umur 15 tahun dan 18 tahun, lelaki junior veteran umur 35 hingga 45 tahun, lelaki senior umur 46 ke atas, kategori lelaki terbuka berumur 19 hingga 35 tahun dan kategori wanita terbuka.

Bagi kanak-kanak pula terbuka kepada untuk kategori kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 4 dan 5 tahun dengan jarak 100 meter.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-23 08:52:39 daripada Administrator

  •  
  • Print