Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Terjah pegawai culas disokong, perbaiki mutu perkhidmatan

SHAH ALAM, 21 FEB: Tindakan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menjalankan lawatan mengejut disambut baik Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Malah beberapa Ahli Majlis menyokong tindakan sama untuk dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri.

10492554_908335495866163_1192912940402972761_n

Bagi Raja Fairus Raja Mazlan menyokong pendekatan itu dilaksanakan.

Namun, katanya ia perlu dikenal pasti sama ada kakitangan sedang culas ataupun sedang melaksanakan tugas luar pejabat.

“Biasanya kakitangan PBT, mereka mempunyai tugas dalam pejabat dan luar pejabat.

“Jadi perkara itu perlu dipastikan kerana ada ketika mereka akan keluar makan dan minum selepas mengadakan lawatan di luar pejabat ketika masa bekerja. Kita faham kadang-kadang masa rehat mereka sudah terlepas kerana perlu lakukan sesuatu tugas.

“Jadi perkara itu tidak menjadi satu kesalahan,” katanya kepada Selangor Kini.

Namun, katanya, sekiranya terdapat kakitangan yang sengaja mengambil kesempatan untuk culas, mereka perlu diambil tindakan.

“Jika benar, mereka perlu diberi amaran terlebih dahulu berserta tempoh. Jika selepas itu masih melakukan perkara yang sama, maka barulah sebarang tindakan tata tertib ambil kira,” katanya.

Selain itu, Cynthia Gabriel berkata tindakan itu wajar dilakukan kerana sebagai pekerja harus serius dan menepati etika kerja dalam melakukan sebarang tugasan yang dipertanggungjawabkan.

“Membuang masa waktu bekerja adalah amalan kurang professional.

“Segala urusan dgn pelanggan dan penduduk mestilah di uruskan dipejabat, kecuali masa berehat,” katanya.

Beliau mencadangkan sekiranya PBT mahu melakukan perkara yang sama, maka garis panduan perlu dikeluarkan kepada semua kakitangan.

“Garis panduan yang jelas itu perlu dikuatkuasakan terlebih dahulu sebelum tindakan tata tertib diambil,” katanya.

Baru-baru ini, Kerajaan Selangor serius mengekang budaya culas penjawat awam yang sering melepak pada waktu kerja tanpa perasaan bersalah.

Jumaat lalu, Mohammed Khusrin bertindak menjalankan lawatan mengejut (spot check) di Kafe Dewan Jubli Perak dan gerai-gerai kecil di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) dan mendapati masih ramai penjawat awam bersarapan dan membeli-belah pada waktu kerja.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-23 08:54:13 daripada Administrator

  •  
  • Print