Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor serah RM200,000 bantuan pendidikan pasca banjir Kelantan

SHAH ALAM, 25 FEB: Sejumlah RM200,000 diserahkan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai bantuan pendidikan pasca banjir Kelantan.

Penyerahan dilakukan Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang turut disertai Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan dalam satu lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan, pada 23 Februari lalu.

IMG_0283

Sumbangan diterima Pengarah YIK, Tengku Ab Rahman Tuan Yunus dan disaksikan Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan.

Sumbangan Kerajaan Negeri itu khusus bagi pembelian pakaian sekolah membabitkan murid di bawah kelolaan YIK.

Jumlah sekolah yang yang terlibat adalah 21 buah daripada 89 dengan anggaran kos kerugian kerosakan aset serta peralatan hasil kemusnahan akibat banjir adalah RM2.3 juta.

Pada masa sama, Yunus turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh rakyat Kelantan amnya di atas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 12 Februari lalu.

-NFN-

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-27 15:27:59 daripada Administrator

  •  
  • Print