Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor & Sarawak perkukuh kerjasama dua hala ekonomi & sosial

KUCHING, 3 MAC: Hubungan dua hala Kerajaan Selangor dan Sarawak dipereratkan melalui kerjasama lebih kukuh bagi merancak pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pihaknya memberi jaminan bersedia memenuhi keperluan semasa rakyat Sarawak yang menetap dan bekerja di Selangor.

B_Ji_0tVIAAGgvk

Katanya, kerjasama itu penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat.

“Saya mensyorkan beberapa perkara dan bidang untuk mewujudkan kerjasama antara Sarawak dan Selangor kerana kedua negeri ini adalah penyumbang utama kepada ekonomi negara.

“Saya juga meminta Adenan memaklumkan kepada saya sekiranya ada perkara kebajikan di kalangan rakyat Sarawak yang menetap di Selangor untuk diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kunjungan hormat delegasi Selangor ke Pejabat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Adenan Satem di sini, hari ini.

Delegasi Selangor yang diketuai Mohamed Azmin berada di bumi kenyalang selama tiga hari sejak 1 Mac.

Kesempatan berada di Sarawak, delegasi turut mengunjungi Pengerusi ACS, Most Reved Archbishop, Datuk Bolly Lapok di kediaman rasminya di St. Thomas Catheral.

Pertemuan juga diadakan bersama ketua-ketua gereja Sarawak yang diketuai Seniour Pastor Darren Tan, Chairman of Kuching Ministers Fellowship dalam majlis tertutup di Kelab Sarawak, Kuching.

Selain itu, Delegasi turut menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Mambong dan Miri.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-09 08:37:47 daripada Administrator

  •  
  • Print