Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

7,113 anak Selangor nikmati Tadika ‘Percuma’

SHAH ALAM, 26 MAC: Sejak 2012 sebanyak 7,113 anak Selangor menikmati akses yuran Tadika secara percuma menerusi manfaat Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

Eksekutif Operasi TUNAS, Abdul Mutalib Islan berkata, peruntukan sebanyak RM3,329,555.00 telah disalurkan pada 2014 dan dianggarkan sebanyak RM4 juta akan disalurkan bermula Januari sehingga November 2015.

halimah tunas selat klang 01

“Sehingga Mac 2015, ia mencatatkan peningkatan jumlah sebanyak 8,950 orang kanak-kanak daripada 802 buah Tadika dan Pra Sekolah seluruh Selangor berbanding hanya 6,823 kanak-kanak daripada 705 buah Tadika dan Pra Sekolah pada 2014,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Skim Tunas merupakan bantuan yuran sebanyak RM50 setiap bulan kepada kanak-kanak Tadika yang layak.

Bantuan ini disalurkan terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Kelayakan bantuan juga berdasarkan pendapatan ibu bapa di bawah RM2,500.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi TUNAS di http://www.e-tunas.org

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-31 10:11:55 daripada Administrator

  •  
  • Print