Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Denggi turun hampir 50% di Daerah Petaling

SHAH ALAM, 27 MAC: Jumlah kes denggi yang dilaporkan di seluruh negeri Selangor menunjukkan penurunan, dalam satu analisa setakat 21 Mac.

Perkembangan positif ini, menurut Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr. Daroyah Alwi, hasil strategi dan kerjasama pelbagai agensi mengawal dan mencegah penularan aedes.

11075297_928499570515241_7329714818171985776_n

“Sejumlah 18,192 kes denggi (50 kematian) telah di daftarkan di Negeri Selangor berbanding dengan 12,073 kes denggi (21 kematian) untuk tempoh yang sama pada tahun 2014 (peningkatan kes 50.6%),” kata Daroyah dalam satu kenyataan yang diterima pihak kami, pagi tadi.

Kesan penurunan paling ketara adalah di Daerah Petaling.

“Jumlah kes denggi di Daerah Petaling berjaya diturunkan hampir 50 peratus daripada 1025 kes pada minggu epid ke-4 kepada 547 kes pada minggu epid ke-11 sejak Task Force Khas Terjah Dan Musnah Aedes Daerah Petaling oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada 7 Februari lalu,” tambah beliau.

Jumlah lokaliti wabak juga telah menunjukkan penurunan sebanyak 30 peratus berbanding tiga minggu sebelum ini.

Dengan perkembangan ini, Daerah Petaling bagaimanapun masih menunjukkan beban denggi yang tertinggi ialah sebanyak 8,627 kes, diikuti Hulu Langat (3,324 kes), Klang (2,622 kes) dan Gombak (1,820 kes).

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-31 10:13:44 daripada Administrator

  •  
  • Print