Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

2,500 hotspot wifi percuma bantu usahawan muda

SHAH ALAM, 1 APRIL : Usaha digerakkan bagi mewujudkan platform usahawan muda dalam membangunkan perniagaan dalam talian dengan menyediakan 2,500 kawasan hotspot wifi berkelajuan tinggi secara percuma.

Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata inisiatif itu diambil serius Kerajaan Negeri sebagai anjakan ekonomi perniagaan secara digital.

Katanya, selaras dengan pendekatan itu, Kerajaan Negeri dalam belanjawan 2015, akan bekerjasama dengan pihak terlibat bagi meningkatkan komunikasi kepada usahawan dalam talian.

DNS-2015-small


“Kerajaan Negeri mengambil serius usahawan ‘online’ ini, jadi kita akan menyediakan platform bagi mereka. Untuk itu bagi menggalakkan perniagaan mereka, ia memerlukan internet berkelajuan tinggi.

“Jadi dalam belanjawan 2015, sebanyak 2,500 kawasan hotspot akan disediakan kemudahan wifi berkelajuan tinggi secara percuma, ” katanya yang menjawab soalan Mohd Khairuddin Othman (Paya Jaras- PAS), dalam sidang dewan negeri.

Amiruddin turut memaklumkan setakat ini lebih 400 usahawan muda atas talian menyertai pelbagai program yang disediakan Kerajaan Negeri antaranya ‘Garage Bazaar’, Karnival Mega Sale, Fesyen Street dan Karnival Vintage.

“Kita juga akan mengkaji perancangan untuk menyediakan skim sel dan Mimbar muda sebagai usaha menggalakan lebih ramai usahawan muda terbabit dengan perniagaan,” katanya.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-06 10:04:15 daripada Administrator

  •  
  • Print