Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Mangsa rumah mendap ditempatkan di Hotel D’Palma

SHAH ALAM, 3 APR: Penghuni 12 kediaman rumah teres di Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing akibat berlakunya mendapan tanah ditempatkan sementara di Hotel D’Palma Shah Alam.

Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, penginapan 12 keluarga itu ditanggung oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Mereka akan dikeluarkan sehingga rumah-rumah mereka dibaikpulih. Kita tengok dulu tempoh berapa lama kerja boleh disiapkan,” kata Iskandar kepada media di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Semalam 12 daripada 48 rumah teres terpaksa dipindahkan daripada kediaman masing-masing selepas rumah mereka mengalami keretakan disebabkan tanah mendap.

Penghuni rumah di kawasan yang sudah diisytiharkan sebagai kawasan bencana Tahap Satu itu sudah pun diberikan notis untuk berpindah keluar.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-06 10:08:58 daripada Administrator

  •  
  • Print