Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pasar tani ditambah, bantu promosi produk luar bandar

SHAH ALAM, 9 APR: Bilangan tapak pasar tani di negeri ini akan dikaji untuk ditambah bagi membantu peniaga khususnya di luar bandar bagi memasarkan produk mereka di kawasan bandar.

Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan lebih banyak pasar tani diwujudkan jika mempunyai tapak sesuai.

Beliau berkata demikian selepas menerima cadangan Jakiran Jacomah (BN-Bukit Melawati) dalam Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.


PASAR SS2 -1

“Cadangan itu sangat baik. Kerajaan Negeri tidak mempunyai masalah untuk memberi laluan bagi menambah tapak pasar tani di negeri ini jika mempunyai tapak sesuai.

“Kerajaan Negeri juga mempunyai hubungan yang baik dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Oleh itu, kita akan merangka cadangan itu khususnya untuk penduduk luar bandar dalam memasarkan produk mereka di kawasan bandar,” katanya.

Zaidy juga turut memaklumkan dewan bahawa setakat ini terdapat 50 pasar tani sedia ada di Selangor.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-20 10:50:10 daripada Administrator

  •  
  • Print