Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Petani lega bantuan beri nafas baru

SHAH ALAM, 20 APR: Beban hidup golongan petani di Selangor berkurangan melalui inisiatif Kerajaan Negeri yang meluluskan peruntukan geran projek pertanian.

Petani, Siti Fatonah Marzuki, 50, berkata, bantuan itu meringankan bebannya yang mengusahakan tiga ladang pertanian sejak 2012.


fathonah a

“Selepas menerima geran, saya mudah mendapat bantuan dan pihak terbabit sentiasa prihatin dan memantau ladang jika terdapat masalah.

“Bantuan yang diberi dapat memperkembangkan lagi pertanian saya,” katanya.

Siti Fatonah berkata demikian pada Majlis Hari Bertemu Pelanggan dan Penyampaian Geran Pembangunan Projek Pertanian 2015 anjuran Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor yang dirasmikan Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu, Borhanudin Halimi, 45, berkata walaupun kos barangan semakin meningkat, namun tidak menjejaskan pendapatannya kerana kemudahan baja dan racun serangga yang diperuntukkan Kerajaan Negeri.


YB Zaidy menyampaikan geran projek pertanian di Kuala Selangor (ASRI)

“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan pihak yang meluluskan permohonan golongan petani tempatan.

“Saya berharap kerajaan meneruskan usaha memberi bantuan kepada petani supaya industri pertanian di Malaysia lebih maju,” katanya.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-22 09:48:43 daripada Administrator

  •  
  • Print