Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Perangsang peruntuk RM400,000 sumbang meja & kerusi tahan karat

SHAH ALAM, 22 APR: Sejumlah RM400,000 diperuntuk Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) untuk tajaan pemasangan dan pembekalan 180 meja dan 360 kerusi tahan karat kepada 30 sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Ahli Lembaga Pengarah, R. Sivarasa berkata tajaan menerusi Program Rangsangan Tanggungjawab Masyarakat Selangor (RTMS) itu diberikan agar membantu SJKT menggantikan meja dan kerusi kantin lama kepada baru dan lebih tahan karat.

Kerusi

“Ini seterusnya memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah ketika waktu rehat serta meningkatkan imej kantin sekolah masing-masing,” katanya.

Bertempat di SJK (Tamil) Ladang Midlands di sini, majlis turut dihadiri Presiden Yayasan Tamil Malaysia, A. Ragavan.

Kerjasama dengan Yayasan Tamil Malaysia ini merupakan kesinambungan daripada program penajaan 830 unit papan putih bernilai RM400,000 kepada 94 buah SJKT di Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada 2012.

Pada 2014, Perangsang Selangor memberi sumbangan mesin jahit bernilai RM24,000 kepada 40 ibu tunggal dan suri rumah di Bangi.

Selain itu, Perangsang Selangor juga menaja kos latihan menjahit berjumlah RM4,800 selama sebulan yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi.

Bagi 2015, Perangsang Selangor memperuntukkan dana berjumlah RM1.55 juta bagi melaksanakan program-program tanggungjawab sosial korporat menerusi RTMS.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-23 10:19:02 daripada Administrator

  •  
  • Print