A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

RM80,000 baiki bumbung Maahad Tarbiyah Islamiah Al-Ansar

SHAH ALAM, 23 APR: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM80,000 bagi membaiki bumbung asrama lelaki Maahad Tarbiyah Islamiah Al-Ansar, Kuala Selangor yang ranap dilanda ribut, pada 17 April lalu.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perkara itu diputuskan mesyuarat Exco yang diadakan, hari ini.

maahad
 

“Kelmarin saya sudah meninjau. Anggaran kos juga sudah diserahkan ke Pejabat Exco Pendidikan yang akhirnya memutuskan beri peruntukan  kepada maahad itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali juga akan mengadakan lawatan ke asrama berkenaan bagi melihat sendiri kerosakan bumbung yang menempatkan 150 pelajar lelaki itu, pada 27 April ini.

“Dato’ Menteri Besar juga akan solat di masjid berhampiran nanti,” katanya.

Bumbung asrama lelaki maahad berkenaan ranap akibat  ribut yang kuat, kira-kira jam 5.45 petang, pada 17 April lalu.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila kemusnahan itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan.

http://bm.selangorku.com

 


Kemaskini pada 2018-01-11 15:27:15 daripada

  •  
  • Print