Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

RM50,000 & 10 TV LCD 50? menanti kaki pancing 23 Mei

SHAH ALAM, 24 APR: Wang tunai RM50,000 bakal menanti pemenang Cabaran Memancing Taman Sains Selangor 2 (SSP2) yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), pada 23 Mei ini.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, program itu julung kalinya diadakan di Tasik Utara SSP2.

Sebelum ini, PKNS pernah menganjurkan cabaran memancing di Kota Puteri dan sambutannya amat menggalakkan.


GP Pancing di Pantai Morib. YB Sallehin Mukhyin (1)

“Pelbagai hadiah menanti pemenang termasuk 10 unit TV LCD 50” untuk cabutan bertuah. Juara akan meraih wang tunai RM30,000, naib juara (RM7,000) dan tempat ketiga RM3,000,” katanya dalam kenyataan media.

Ishak berkata, perbadanan itu ingin mempromosi bandar ke-11 PKNS iaitu SSP2 kepada kaki pancing seluruh negara tahun ini.

Sasaran tahun ini adalah 2,800 penyertaan dan yuran dikenakan RM50 bagi setiap satu joran.

LOGO-PKNS

“Pertandingan dimulakan dari jam 8 pagi hingga 1 petang. Majlis perasmian serta penyampaian hadiah bakal disempurnakan Kontroler Pembangunan Wilayah Selatan PKNS, Lokman Abd Kadir,” katanya.

Gimik pelepasan ikan keli seberat dua tan akan dilepas dan disempurnakan Lokman, pada 18 Mei ini.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi Wak Jali di talian 013-3838655, 012-6823479, 013-3588206 atau 012-2141401.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-28 13:58:26 daripada Administrator

  •  
  • Print