Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

SPIES dijenama semula sebagai INSAN

SHAH ALAM, 14 MEI: Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (SPIES) yang diwujud sejak 2008 dijenama semula sebagai program INSAN supaya lebih bersifat peduli rakyat.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Inovasi dan Teknologi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia bertujuan mencipta modul yang mengimbangi keperluan setiap fasa kitaran hidup.

“Setiap lapisan masyarakat memerlukan anjakan paradigma menyeluruh supaya mengenali potensi diri dan menyedari keupayaan itu boleh membantu persekitaran,” katanya pada program ‘Training of Trainers’ (TOT) di sini semalam.

Menyatakan sebanyak 27 konsultan dipilih untuk menggerakkan program INSAN, Nik Nazmi berkata, INSAN memerlukan penambahbaikan elemen semangat berkhidmat dan menabur bakti bagi meningkatkan keberkesanannya secara menyeluruh.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/


Kemaskini pada 2015-05-18 10:42:19 daripada Administrator

  •  
  • Print