Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Dana RM20 juta pinjaman beli rumah kos rendah

RAWANG 15 MEI: Dana bernilai RM20 juta disediakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah membeli rumah kos rendah di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia dijangka dapat membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan untuk memiliki kediaman sendiri.

“Ada mahu miliki rumah kos rendah bernilai RM42,000 tetapi gagal dapatkan pinjaman,” katanya pada Majlis Pecah Tanah dan Pendaftaran Rumah Selangorku di M Residence 2, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia berikutan langkah Bank Negara mengetatkan dasar fiskal dan kewangan negara termasuk pinjaman perumahan bank dan institusi kewangan.

“Kita sedia maklum hutang isi rumah negara amat membimbangkan dan perlu ada usaha untuk mengekang hutang dari terus membengkak dan mengembang.

“Jika tidak ada langkah serius. ini akan memberi kesan kepada ekonomi negara,” kata Mohamed Azmin.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-05-18 14:20:52 daripada Administrator

  •  
  • Print