Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

8,542 kenderaan bakal disita, miliki lebih 10 kompaun

SHAH ALAM, 3 JUN: Sebanyak 8,542 kenderaan yang mempunyai lebih 10 kompaun tunggakan ditunda dalam operasi yang dijalankan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bermula 2 Jun lalu.

Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat dan Pembangunan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, operasi itu bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan.

mbsa saman

Katanya, tindakan itu juga bertujuan memastikan orang kena kompaun (OKK) menjelaskan tunggakan masing-masing.

“Jumlah tunggakan keseluruhan kompaun tempat letak kereta bermula Mac 2002 hingga Mei lalu adalah 858,915 keping membabitkan nilai RM84 juta,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin menasihatkan orang ramai yang mempunyai tunggakan kompaun atau kesalahan tempat letak kereta segera melunaskan tunggakan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-11 08:03:01 daripada Administrator

  •  
  • Print