Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Contohi budaya kerja efisyen penjawat awam Jepun & Korea

SHAH ALAM, 10 JUN: Penjawat awam perlu menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model perubahan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, sikap inovatif, berketerampilan, budaya kerja mantap dan efisyen penjawat awam dua negara itu berjaya menjadi penggerak utama kejayaan berterusan di sana.

“Jepun yang pertama di Asia yang diiktiraf sebagai negara maju dan berjaya membuktikan kemajuan yang rancak tanpa mengabaikan budaya serta nilai murni bangsa mereka.

mb markshort 5

“Justeru, dasar pandang ke timur yang pernah diperkenal pada awal 80-an perlu diperluas ke Korea Selatan kerana pencapaian negara itu dalam bidang teknologi dan inovasi kini menjadi saingan utama kepada Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 200 penjawat awam dari pelbagai jabatan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Mohamed Azmin teruja dengan pencapaian penjawat awam Seoul yang berjaya mengurus bandar tersebut dengan baik dan tersusun dengan kapasiti 10 juta penduduk.

“Selangor keseluruhannya mempunyai 5.6 juta penduduk berbanding Seoul tetapi mereka berjaya mengurus dan membangunkannya dengan baik dan tersusun. Ia harus menjadi teladan kepada kita semua,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-11 08:16:24 daripada Administrator

  •  
  • Print