Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Misi bantuan gempa berjaya, 220 individu & organisasi terima faedah

KOTA KINABALU, 16 JUN: Misi bantuan kemanusiaan Kerajaan Selangor kepada mangsa terjejas akibat gempa bumi di Sabah disifatkan berjaya, malah turut dianggap antara terbaik.

Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Kerajaan Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata ini berikutan usaha gigih dan kerjasama erat antara pemimpin tempatan, pertubuhan Misi Kemanusiaan Selangor (PANTAS) dan Kerajaan Selangor.

SABAHSumbangan kepada penduduk kg poring (8)“Pasukan PANTAS terlebih dahulu tiba di sini dan dibantu aktivis tempatan, mereka mengenal pasti individu dan pihak yang memerlukan bantuan.

“Tugas mereka sangat penting dalam memastikan sumbangan dihulurkan tepat ke golongan sasaran.

“Antaranya termasuk 90 malim gunung yang masih aktif, keluarga malim terkorban, penduduk kampung, peniaga, rumah ibadat dan lain-lain,” kata Dr Daroyah dalam sidang medianya di Pejabat Adun Inanam di sini, semalam.

Selain 90 malim, turut menerima bantuan adalah 21 ahli radio amatur yang turut sama terlibat dalam operasi menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Seramai 28 keluarga mendiami Flat SMK Ranau dan 26 lagi kuarters Hospital Ranau juga diberi bantuan selepas bangunan kediaman mereka mengalami kerosakkan teruk akibat gempa bumi.

“Pihak bertanggungjawab dah periksa dan mendapati harus dikosongkan kerana tidak selamat didiami.

“Diharap bantuan ini meringankan beban guru dan kakitangan hospital yang terpaksa menyewa, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan nanti,” kata Dr Daroyah lagi.

Sementara itu 10 penduduk Kampung Poring diberikan sumbangan kerana rumah mereka mengalami kerosakkan dan 31 lagi merupakan peniaga Poring Hot Spring yang terjejas.

Masjid Pekan Ranau, Gereja dan Tokong Pekan Ranau merupakan antara rumah ibadah terjejas akibat gempa bumi yang menerima sumbangan.

Sebuah rumah anak yatim, Persatuan Malim Gunung dan Persatuan Penduduk Kampung Pinolobu turut menerima sumbangan masing-masing.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-22 11:16:03 daripada Administrator

  •  
  • Print