Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

140 gerai bazar Ramadan meriahkan Kompleks PKNS

SHAH ALAM, 20 JUN: Bagaikan tidak lengkap bulan Ramadan jika tidak berkunjung ke bazar yang menyajikan aneka minuman dan makanan untuk juadah berbuka puasa.

Di Kompleks PKNS Shah Alam, lebih 140 lot niaga menjadi rebutan dalam kalangan peniaga yang kebanyakannya ‘orang lama’ sejak bazar itu dibuka 18 tahun lalu.

kompleksPKNSPeniaga, Syed Azwar Syed Karim, 38, berkata walaupun sewa tapak meningkat tahun ini, namun keuntungan yang diperolehi daripada jualan makanan berbaloi.

Beliau yang sudah lapan tahun berniaga char kuey teow di bazar itu berkata lokasi bazar yang strategik menarik ramai pengunjung untuk singgah membeli juadah berbuka puasa.

“Ramai pengunjung datang dari SACC Mall untuk membeli–belah singgah ke gerai saya untuk membeli makanan berbuka puasa.

“Di sini sentiasa penuh dengan pengunjung terutama pada hujung minggu di mana angkanya dua kali ganda lebih ramai dari hari biasa,” katanya.

Manakala Fantimelia Adlis, 40, yang sudah berniaga di bazar itu hampir 18 tahun lalu tetap setia
membuka gerainya pada Ramadan kali ini.

Katanya air soya turun-temurun yang dijual sejak sekian lama sudah dikenali ramai dan mempunyai pelanggan setia.

“Jika ada bazar Ramadan di Kompleks PKNS, saya akan sertai kerana ia memudahkan pelanggan setia untuk membeli produk saya.

“Saya tidak membuka gerai di bazar lain kerana cukup hanya di sini untuk menarik pelanggan,” katanya.

Bagi peniaga air dan kuih-muih, Mustafa Mohamed, 52, berkata Kompleks PKNS sentiasa berada dekat di hati masyarakat terutama pada bulan Ramadan dan Syawal.

“Saya buat perbandingan di tempat lain dan ternyata ia tidak boleh ditandingi dari sudut kemeriahan pengunjung menyebabkan saya kekal berniaga di sini,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-22 11:20:49 daripada Administrator

  •  
  • Print