Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Utamakan kebersihan sedia makanan

SHAH ALAM, 21 JUN: Peniaga Bazar Ramadan diingatkan untuk sentiasa mengutamakan kebersihan penyediaan makanan dalam keghairahan berniaga dan menambah pendapatan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti keracunan makanan.

P6207169Katanya, untuk itu, amalan pemakaian bersih termasuk mengenakan apron, penutup kepala, sarung tangan serta peka terhadap kelestarian persekitaran penting dipraktikkan peniaga dan pengendali makanan.

“Proses penyediaan dan penyimpanan tidak sempurna hingga menyebabkan pembiakan bakteria mengakibatkan keracunan makanan.

“Orang ramai juga dinasihatkan memilih gerai bersih dan elak mengunjungi gerai kotor,” katanya kepada pemberita semalam.

Terdahulu, beliau bersama pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengedar pamplet dan ‘goodies’ kepada para peniaga di Bazar Ramadan Seri Muda sempena Kempen Keselamatan Bazar 2015.

Kempen dijalankan secara serentak di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut disertakan pemeriksaan premis dan pengendali makanan bazar.

Pada 2014, terdapat puluhan kes keracunan makanan dilaporkan termasuk kes yang melibatkan kematian di Bazar Ramadan Seri Muda.

Pada tahun sebelumnya, terdapat satu kes keracunan makanan sementara pada 2012 dan 2011 masing-masing turut mencatatkan kes kematian akibat keracunan makanan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-22 11:21:27 daripada Administrator

  •  
  • Print