Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sentuhan Kasih santuni 120 pelajar asnaf UNISEL

SHAH ALAM, 23 JUN: Sekurang-kurangnya 120 pelajar asnaf Universiti Selangor (UNISEL) menerima pek berbuka puasa melalui Program Sentuhan Kasih anjuran Yayasan Kasih Tauhid (YTK) sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Eksekutif YTK, Puan Sri Fatini Yaacob, berkata program itu diwujudkan bagi menzahir rasa kasih kepada pelajar asnaf selain meringankan beban perbelanjaan harian mereka dan menyantuni kelompok itu sempena Ramadan.

“Ini adalah siri kedua selepas siri pertama (tahun lalu) mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelajar asnaf.

fatini“Kita berhasrat melihat mereka yang terpilih menerima bantuan ini dapat memanjangkan usaha YTK kepada insan memerlukan apabila tamat pengajian nanti,” katanya selepas merasmikan program itu di kampus UNISEL Shah Alam, di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad dan Pengurus Perhubungan Awam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ishak Hashim.

Pek makanan berisi nasi berlauk, kurma, kuih dan air itu diagihkan kepada 70 pelajar kampus Shah Alam dan 50 pelajar di kampus Bestari Jaya, bermula 18 Jun lalu dan berakhir 10 Julai ini.

“Sebanyak RM40 ribu diperuntukkan bagi membiayai keseluruhan program ini. Pelajar terlibat akan menerima pek berbuka puasa sepanjang tempoh itu kecuali Sabtu, Ahad dan cuti pengajian.

DSC_0038“Program sama turut menyantuni 100 keluarga Islam Orang Asal di Pos Betau, Kuala Lipis, Pahang dan 50 keluarga fakir serta miskin sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Selain UNISEL dan PKNS, program berkenaan juga mendapat tajaan Worldwide Holding, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan beberapa syarikat korporat lain termasuk sumbangan perseorangan.

Fatini berharap kerjasama antara rakan penajanya berpanjangan dalam memastikan usaha menyantuni mereka yang memerlukan dapat diperhebat setiap tahun.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-30 15:43:42 daripada Administrator

  •  
  • Print