Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Penyelesaian trafik Damansara Damai dijalan berperingkat

SHAH ALAM, 25 JUN: Cadangan penambahbaikan aliran trafik di Damansara Damai dijangka mengambil masa setahun sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata, ini berikutan cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu perlu dijalankan secara berperingkat termasuk projek laluan kedua.

Elizabeth Wong“Saya dimaklumkan ada beberapa pengubahsuaian trafik dalam cadangan dibentangkan MBPJ dalam mesyuarat bersama penduduk dan mereka juga ada sasaran masa tertentu untuk melaksanakan cadangan penambahbaikan trafik di Damansara Damai.

“Kalau mengikut apa dimaklumkan, cadangan ini dilaksanakan secara berperingkat yang memakan masa lebih kurang setahun dilaksanakan sepenuhnya. Ini termasuk laluan kedua.

“Difahamkan ada beberapa kompenen dalam cadangan tersebut,” kata Elizabeth ketika ditemui Selangor Kini di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Bagaimanapun jelas Elizabeth, MBPJ masih belum memberi tarikh muktamad projek laluan kedua dimulakan.

“Saya belum dapat tarikh muktamad daripada MBPJ, tambahan pula disebabkan minggu lepas penduduk Sri Damansara mengemukakan bantahan apabila mereka diberitahu laluan kedua melibatkan kawasan mereka,” kata Elizabeth lagi.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor itu juga melahirkan keyakinan terhadap kemampuan MBPJ mencari penyelesaian yang tidak membebankan penduduk Damansara Damai dan Sri Damansara.

“Kita sedang lihat maklumat terperinci daripada kajian trafik yang dibuat MBPJ dan pihak perunding,” katanya lagi.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2017-12-22 12:23:24 daripada Administrator

  •  
  • Print