Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pemberian bantuan ringankan beban rakyat

SEBERANG JAYA, 4 JUL: Sumbangan keperluan harian kepada golongan memerlukan tepat pada masanya ekoran Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan harga minyak.

Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari berkata walaupun jumlah pengagihan tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu meringankan beban.

peduli rakyat 2“Ketika menjelang perayaan, kos hidup semakin meningkat. Namun di Selangor, kita berikan bonus sebulan gaji.

“Kita laksanakan bas percuma untuk penduduk Selangor. Kita hantar bantuan kepada penduduk Semenanjung Malaysia.

“Sedangkan kerajaan pusat menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan kenaikan harga minyak,” katanya kepada SelangorKini.

Hadir sama, Ketua Delegasi, K Gunasekhara.

Beliau berkata sudah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk berkongsi kekayaan negeri bersama rakyat.

“Hasil negeri banyak. Kita percaya jika banyak hasil diberikan kepada rakyat, semakin banyak yang kita terima,” katanya.

Di Seberang Jaya, sebanyak 175 kotak hamper disampaikan oleh Yaakob kepada wakil pimpinan PKR iaitu Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen.

Sementara itu, sebanyak 150 kotak hamper diedarkan di Kulim, Kedah.

Simbolik penyerahan diserahkan kepada Adun Lunas, Azman Nasruddin oleh Yaakob.

Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar menjelajah ke 31 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 2 Julai sehingga 10 Julai.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-06 08:03:31 daripada Administrator

  •  
  • Print