Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

JAIS laksana pelupusan Al-Quran guna teknologi terkini

PETALING JAYA, 5 JUL: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil inisiatif melaksanakan pelupusan Al-Quran secara sistematik dan mengikut syariah Islam bermula Ogos ini.

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, berkata langkah itu diambil bagi membantu masyarakat dan dua lokasi awal bagi tujuan itu adalah di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor.

pengarah jais a“Umat Islam yang memiliki atau ingin melaksanakan pelupusan Al-Quran yang rosak atau lama boleh berbuat demikian di dua lokasi berkenaan.

“Relau pelupusan dibina JAIS adalah dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan teknologi tinggi dengan pengakhiran pelupusan Al-Quran bertukar menjadi air bukannya abu seperti mana biasa berlaku,” katanya.

Haris berkata dalam ucapan ketika majlis berbuka puasa DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bersama rakyat dan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim fakir, miskin dan saudara kita serta perasmian masjid dan sambutan Nuzul Al-Quran di Masjid Islamiah, Kampung Lindungan di sini.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali serta Exco-exco Kerajaan Negeri.

Haris berkata, pembinaan masjid baharu itu bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat di kawasan itu kerana masjid sedia ada tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah pasa masa ini.

Katanya, pembinaan bermula pada 2010 di kawasan seluas 7.35 ekar dengan kos RM5.4 juta dan siap sepenuhnya pada pertengahan 2012.

“Diharapkan dengan perasmian masjid ini, memberi suntikan semangat kepada ahli jawatankuasa dan kariah dalam mengimarahkannya bagi tjuan meningkatkan syair Islam,” katanya.

Selain perasmian masjid, Baginda Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada 258 fakir miskin, 150 asnaf muallaf dan 150 anak yatim.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-06 08:04:07 daripada Administrator

  •  
  • Print