Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Exco Selangor turun padang tangani gejala dadah

SHAH ALAM, 9 JUL: Kerajaan Selangor mengambil jalan proaktif dalam menangani gejala dadah dengan melibatkan semua Exco negeri itu, bermula tahun depan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata langkah itu diambil supaya kempen memerangi dadah dapat dijalankan dengan lebih meluas.

amirudin shari“Semua jawatankuasa tetap ini akan menerangkan program mereka berkenaan anti dadah kepada masyarakat secara keseluruhan. Saya rasa ini lebih baik daripada meletakkan sejumlah wang kepada badan tertentu kerana kali ini kita menggerakkan sendiri.

“Saya percaya kerjasama semua agensi dan badan bertindak baik kerajaan atau badan bukan kerajaan mampu menangani persoalan ini,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Orang Kena Perhatian (OKP) di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, di sini, semalam.

Amiruddin berkata, bekas penagih juga perlu dilibatkan memandangkan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki mereka mampu memberi kesan yang besar dalam progam anti dadah.

IMG_1654Amiruddin turut menggesa semua pihak memikirkan kaedah baru yang lebih berkesan untuk memerangi dadah dengan mendekati golongan berisiko tinggi terjebak dengan najis itu.

Sementara itu, Amiruddin yang juga Pengerusi Pemadam Selangor turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada OKP.

OKP adalah anggota masyarakat yang pernah terjebak dengan aktiviti pengambilan dadah.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-13 08:36:08 daripada Administrator

  •  
  • Print