Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Berita

Chong Wei sanggup bayar denda demi kecergasan

Jan 19, 2018 - SHAH ALAM, 18 JAN: Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil kira faktor usia dan ketahanan fizikalnya. Jaguh perseorangan negara itu berkata, tumpuannya terarah kepada kejohanan yang mempunyai standard lebih tinggi termasuk persiapan rapi untuk Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Piala Thomas, Sukan Asia serta All England, pada tahun ini.   “Saya akan berbincang ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2414

Espanyol lebur rekod tanpa kalah Barcelona

Jan 19, 2018 - SEPANYOL, 18 JAN: Selepas Manchester City, giliran Barcelona pula terpaksa menelan kepahitan apabila rekod tanpa kalah dalam 29 perlawanan lebur selepas tewas, 1-0 kepada Espanyol dalam perlawanan pertama suku akhir Copa Del Rey, pagi tadi. Lebih mengecewakan, Lionel Messi yang berpeluang memastikan Barcelona membawa bekalan selesa menjelang pertemuan kedua, di Nou Camp gagal menyempurnakan sepakan penalti, pada minit ke-62 yang berjaya diselamatkan Diego Lopez.   Sebaliknya pasukan ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2412

Selamat bersara Ronaldinho

Jan 18, 2018 - BRAZIL, 17 JAN: Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho secara rasmi mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak. Perkara itu disahkan sendiri agen yang juga abangnya, Roberto Assis yang dipetik media antarabangsa berkata, satu majlis meraikannya sedang dirancang dan ia dijangka dianjurkan selepas Piala Dunia 2018.   “Dia sudah berhenti, ia berakhir. Mari lakukan sesuatu (keraian) yang menarik selepas Piala Dunia Russia, mungkin pada Ogos. “Kita akan menganjurkan ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2410

UNISEL lebar jaringan pendidikan ke Bangladesh

Jan 18, 2018 - \ SHAH ALAM, 17 JAN: Kerajaan Negeri memperlebar jaringan pendidikan negeri dengan menawarkan peringkat pengajian jangka panjang, di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bangladesh. Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman optimis penubuhan kampus baru itu mampu mengukuhkan konteks pendidikan kepada mahasiswa, di Selangor.   “Kita sudah memulakan peringkat pengajian asas UNISEL di Bangladesh juga di Selangor Business School, di Menara PKNS Petaling ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2408

Galeria SBB pelengkap fasa 1 Selangor Bio Bay

Jan 18, 2018 - SHAH ALAM, 17 JAN: Galeria projek pembangunan Selangor Bio Bay (SBB) bakal dibuka kepada pengunjung, pada Januari ini bertujuan memperkenalkan projek berkenaan kepada umum. Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB), Dato’ Mahmud Abbas berkata, pembukaannya siginifikan meliputi fasa pembangunan pertama SBB sejak September, tahun lalu.   “SBB kini dalam proses pembangunan fasa 1 meliputi kerja promosi kepada projek berkenaan terus dilaksanakan secara kondusif ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2406

Selgate yakin pendaftaran Skim Peduli Sihat terus meningkat

Jan 18, 2018 - SHAH ALAM, 17 JAN: Kumpulan Selgate optimis meningkatkan jumlah pendaftaran Skim Peduli Sihat bagi 2018, selain mensasarkan lebih banyak pembayaran tuntutan daripada klinik panel berdaftar setiap bulan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Hisyam Ghouth berkata, sehingga 31 Disember 2017, seramai 286,667 keluarga atau 1.147 juta orang sudah mendaftar dan ia melepasi sasaran awal 250,000 keluarga, di Selangor.   “Sepanjang 2017, kita sudah membuat bayaran balik tuntutan berjumlah ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2404

Walaupun hanya menunggu, polis tetap saman

Jan 17, 2018 - SHAH ALAM, 16 JAN: Kenderaan awam atau persendirian yang diparkir secara haram dan menunggu di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak berhampiran susur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan ditunda ke balai polis, selain dikenakan saman. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, tindakan tegas itu berkuatkuasa serta-merta susulan masih ramai pemandu masih berdegil tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.   “Malaysia ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2402

Kemeriahan perlawanan akhir Piala ADN Paya Jaras bagai Liga M

Jan 17, 2018 - PAYA JARAS, 16 JAN: Perlawanan Akhir Piala ADN Paya Jaras membabitkan pasukan Rastana FC menentang SGB FC di Stadium Mini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini, mendapat sambutan luar biasa. Kira-kira 1,000 penyokong kedua-dua pasukan hadir menyemarakkan lagi suasana dengan sorakan padu selain paluan gendang menghangatkan pelawanan akhir edisi ke lapan itu.   Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, sambutan menggalakkan ini jelas membuktikan minat ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2399

84 hotspot kerja gantian paip bocor dikenalpasti

Jan 17, 2018 - SHAH ALAM, 16 JAN : Sebanyak 84 hotspot melibatkan paip sepanjang 425.7 kilometer (km) dikenal pasti untuk tujuan penggantian paip seluruh negeri bagi tempoh 2016 hingga 2019.   Pengurus Operasi Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, tiga fasa gantian paip melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan RM248.7 juta. “Daripada jumlah itu, 27 hotspot baru melibatkan Pakej 11B-14 dengan kos projek sebanyak RM97 juta menerusi sumber dana sebanyak RM93 juta menerusi pinjaman Kerajaan ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2397

Kecanggihan Stadium Mini Paya Jaras jadi bualan

Jan 16, 2018 -     PAYA JARAS, 15 JAN: Walaupun hanya stadium mini bernilai RM7 juta, namun Stadium Mini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Kampung Paya Jaras mula menjadi buah mulut penduduk Kampung Paya Jaras dan kampung sekitarnya. Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, ia berikutan kelengkapan stadium mini yang siap kira-kira dua minggu lalu itu memiliki piawaian stadium bagi perlawanan Liga Malaysia dengan sistem canggih dan terkini.   “Piala ADN ...
Tags matched : berita
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/2393