Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Dalili perlu dibedah segera

KLANG, 14 Ogos 2015 - Hanya RM50,000 lagi diperlukan untuk mencukupkan dana RM300,000 bagi membiayai kos keseluruhan Nur Syafiqah Dalili, 2, di China.

Dalili yang menghidap penyakit Biliary Atresia (kegagalan fungsi hati) memerlukan sumbangan orang ramai untuk terus membantu mempercepatkan proses pembedahan.

Bapa Dalili, Mohd Razali Samsudin, 39, berkata, hanya berbaki 20 hari sahaja lagi untuk dia dan isteri membawa Dalili ke sana.

“Tiket sudah dibeli, kami akan berlepas 3 September ini. Kami tak mahu tangguh lagi sebab bimbang keadaan Dalili makin lemah.

“Dalam tempoh singkat ini kami tak mampu nak dapatkan baki wang sebanyak RM50,000, melainkan sumbangan daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Sentosa, semalam.

Menurutnya, wang tersebut sangat penting bagi memastikan proses pembedahan Dalili dapat dijalankan dengan lancar.

“Kami hanya ingin lihat dia cepat sembuh dan sihat seperti kanak-kanak normal lain. Sekarang ini, mata dan seluruh badannya kekuningan, perutnya juga makin membesar,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Mohd Razali dan isteri, Zalina Abdul Rahim, 35, turut berharap orang ramai mendoakan proses pembedahan Dalili lancar dan selamat.

* Marilah kita sama-sama menghulur bantuan demi Dalili. Salurkan sumbangan anda terus ke akaun MAYBANK (512905525798) atas nama Mohd Razali Samsudin atau menghubunginya di talian 012-6681849.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:18:37 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page