Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Empat warga asing tanpa dokumen ditahan

KLANG, 23 Ogos 2015 – Empat lelaki warga asing tanpa dokumen sah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dalam Ops Satria Selatan, Khamis lalu.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata, kesemua lelaki berkenaan ditahan dalam sebuah bot nelayan kelas C yang dinaiki mereka.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut kira-kira jam 4 petang mendapati terdapat seorang tekong warga tempatan.

“Tekong berkenaan bersama kru warga Indonesia tersebut berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun tidak mempunyai kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan seorang awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot nelayan bersama tekong dan kru kemudian dibawa ke jeti Daerah Maritim Klang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat dalam lesen dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia secara menyalahi undang-undang.

Menurutnya, justeru, pihaknya akan mempertingkat pemantauan dan rondaan serta kerjasama dengan mana-mana agensi bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang laut.

“Jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, Maritim Malaysia berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang lengkap kepada kita di talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi maritim,” katanya.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:17:55 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page