Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Peruntuk RM65 juta atasi banjir kilat Pelabuhan Klang

PELABUHAN KLANG, 2 September 2015 - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM65 juta untuk projek menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan Pelabuhan Klang, kata

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.
   
Beliau berkata, projek di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri itu dibahagikan kepada dua fasa dan membabitkan enam lokasi iaitu Sungai Dua Besar, Pelabuhan Utara; Jalan Pelabuhan Utara;

Pejabat Lembaga Pelabuhan Klang; Royal Selangor Yacht Club; Jalan Kem Kampung Sungai Keladi dan Jalan Tangki.
   
"Kesemua kawasan ini diberikan perhatian utama memandangkan ia adalah kawasan industri yang merupakan sumber pendapatan negara," katanya dalam sidang media selepas meninjau perjalanan projek berkenaan

di sini, hari ini.
   
Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah dan Timbalan Pengarah Pembangunan 2 JPS Selangor Mohamad Nazif Daud.
   
Menurut Noh, ketika ini fasa pertama projek berkenaan sedang berjalan membabitkan kos RM25 juta di Sungai Dua Besar dan Royal Selangor Yacht Club dan ia dijangka siap pada Februari 2016.

Noh berkata, fasa kedua membabitkan kos RM40 juta membabitkan baki empat kawasan dan dijangka dimulakan awal tahun depan.
   
"Kita berharap projek ini akan dapat dipercepat dan tidak terbengkalai berikutan kerajaan persekutuan telah mengeluarkan belanja yang banyak untuk memastikan banjir tidak berlaku di kawasan industri ini.
   
"Selepas siap nanti, projek ini akan diserah kepada kerajaan Selangor untuk penyelenggaraan dan jika tiada penyelenggaraan yang baik, segala yang diusahakan oleh kerajaan persekutuan tidak akan mencapai

matlamat," katanya.
   
Menurut Noh, pada tahun ini sahaja terdapat 20 pertambahan kawasan banjir yang baharu di Selangor berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri memastikan sistem perparitan diselenggara dengan baik.
   
Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan 20 kawasan terbabit diberi perhatian khusus bagi mengelak pertambahan kawasan baharu yang akhirnya akan

membeban dan menyusahkan rakyat. - Bernama
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:13:52 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page