Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Masalah banjir kilat bakal berakhir

KLANG, 3 September 2015 – Beberapa lokasi di Selangor yang sebelum ini berdepan banjir kilat akan dipulihkan dengan kerja menaiktaraf sistem saliran di kawasan industri Pelabuhan Klang membabitkan dua fasa

yang menelan kos kira-kira RM65 juta.
 
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata,  projek kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan itu diselia Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS).
 
Menurutnya, projek fasa pertama (pakej 1) yang bernilai RM25 juta kini giat dijalankan melibatkan kawasan pemain industri yang merupakan salah satu sumber pendapatan negara.
“Bagaimanapun fasa pertama ini sepatutnya siap pada 23 Jun lalu, tetapi diberi lanjutan masa hingga 12 Februari tahun depan.
 
“Projek ini berlaku kelewatan 15 peratus, jadi kita datang lihat sendiri supaya ‘projek lewat siap’ atau ‘dalam tempoh sakit’ ini tidak terbengkalai dan ia siap pada tarikh yang sepatutnya,” katanya ketika turun padang

melawat projek di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pembinaan sistem saliran mesra alam di kawasan operasi Pelabuhan Klang dan sekitarnya-Pakej 1 (Royal Selangor Yatch Club dan Jalan

Pelabuhan Utara) bersama Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah, di sini semalam.
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, fasa kedua pula akan menyusul yang mana ia telah ditender melibatkan kos bernilai RM40 juta.
 
Turun padang yang dijalankan semalam adalah untuk memantau perjalanan projek seliaan JPS dalam mengatasi banjir melibatkan kawasan Pelabuhan Klang yang juga kawasan industri.
 
“Saya harap projek ini dapat dipercepatkan dan jangan sampai terbengkalai memandangkan kerajaan persekutuan telah mengeluarkan kos yang banyak bagi memastikan banjir tidak berlaku lagi,” katanya.
 
Tambahnya, apabila projek berkenaan siap ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk urusan penyelenggaraan.
 
“Bahagian penyelenggaraan ini cukup penting kerana jika tak ada penyelenggaraan yang baik serta peruntukan kerajaan negeri, maka apa juga yang dibuat kerajaan persekutuan untuk atasi banjir mungkin tidak akan

mencapai matlamat.
 
“Di Selangor pada tahun ini terdapat 20 lokasi baru dilanda banjir kilat. Sebelum ini lokasi itu tak pernah banjir seperti Shah Alam, Puncak Alam dan sekitar IOI Mall Puchong. Kita dapati penyelenggaraan longkang dan

parit tidak terurus adalah penyebab kepada berlakunya banjir kilat di kawasan itu,” katanya.
 
Menurutnya, sejumlah 20 kawasan baru yang dilanda banjir kilat itu kebanyakannya adalah kawasan tadbir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekali gus menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:13:43 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page