Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Jurujual tipu majikan

KLANG, 11 Sept 2015 – Seorang pengarah syarikat mesin pam air tidak menyangka pekerjanya sanggup menipu dengan menjual unit pam air dengan harga rendah tanpa disedari.
 
Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menyedari telah ditipu apabila melihat invois jualan mencurigakan dan  mengambil keputusan membuat laporan polis pada pertengahan Ogos lalu.
Mangsa yang berusia 62 tahun, memberitahu jurujual itu sudah bekerja dengannya sejak lima tahun yang lalu.
 
“Saya percaya dia, tapi tak sangka dia tipu saya apabila curi mesin pam air dengan kuantiti yang banyak,” katanya.
 
Katanya, pekerjanya itu sudah pun melarikan diri dan dia menyerahkan kes itu kepada polis untuk menjejaki suspek.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Nor Omar Sappi berkata, mengesahkan  jurujual berusia 39 tahun itu telah membuat pesanan mesin pam air sebanyak 650 unit bernilai RM182,053, melalui tiga invois pada Mac, Mei dan Jun lalu.
 
Menurutnya, jurujual berkenaan dikatakan menjual barangan itu kepada pelanggan namun tidak menyerahkan bayaran kepada syarikat.
 
“Hasil maklumat dan risikan bahagian komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara telah membuat serbuan berasingan pada 18, 21 dan 25 Ogos lalu, di tiga buah premis di Setiawan (Perak), Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).
 
“Hasilnya, kita merampas 360 unit mesin pam air dianggar bernilai RM100,800 dan menahan tiga lelaki berusia 33 hingga 50 tahun,” katanya pada sidang media, semalam.
 
Mengulas lanjut, Nor Omar mendedahkan mesin itu dijual pada harga serendah RM220 seunit berbanding harga jualan pasaran iaitu RM280.
 
Katanya, bagaimanapun, jurujual berkenaan masih diburu bagi membantu siasatan.
 
“Kenderaan digunakannya adalah milik syarikat jenis Nissan Sentra warna emas, selain alamat terakhirnya adalah Kampung Bentong Luar, Kluang, Johor.
 
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Samsudin Zakaria di talian 013-3232683 atau Sarjan Nor Lela Jumatun Hamidun di talian 014-2619015 atau mana-mana balai berhampiran,” katanya.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:13:35 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page