Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Azmin: Pengambilalihan aset PNHB selesai 15 Okt

PELABUHAN KLANG, 03 Okt 2015 - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yakin proses pengambilalihan aset air Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dapat diselesaikan pada 15 Oktober ini, setelah tertangguh sebanyak lapan kali.

Beliau berkata pada masa ini, PNHB dan Air Selangor sedang berbincang bagi menyelesaikan beberapa isu teknikal membabitkan pengambilalihan syarikat berkenaan dan percaya ia dapat diselesaikan mengikut tarikh yang dipersetujui.

"Saya yakin pengambilalihan sepenuhnya industri air oleh Air Selangor ini akan lengkap menjelang 15 Oktober ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gudang baharu milik Baiduri Dimensi di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Baiduri Dimensi, Musa Muhammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ), Datuk Chia Kon Leong.

Lembaga Pengarah PNHB pada 14 September lepas bersetuju melanjutkan tempoh pengambilalihan buat kali kelapan, selama sebulan bermula 14 September sehingga 15 Oktober bagi membolehkan Air Selangor memenuhi syarat terdahulu di bawah perjanjian jual beli bersyarat bertarikh 11 November 2014.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin memberi jaminan kepada pihak industri dan pengguna domestik bahawa penyediaan bekalan air terawat yang mencukupi akan menjadi fokus utama kerajaan negeri setelah proses mengambilalih industri air di Selangor, selesai sepenuhnya.

"Dengan pengambilalihan ini serta perlaksanaan Projek Mitigasi 2 dan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2), saya yakin Selangor akan mempunyai bekalan air mentah yang mencukupi bagi kegunaan semua pengguna," katanya.

Sebelum ini, beberapa pemain industri di negeri itu termasuk syarikat pembuat sarung tangan, Top Glove Corporation Berhad menggesa kerajaan Selangor memastikan bekalan air mentah terawat mencukupi bagi industri mereka. - Bernama
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:11:28 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page