Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Kes samun, ragut menjadi-jadi

KLANG, 26 Okt 2015 – Kes pecah rumah, samun dan ragut kini semakin menjadi-jadi di kawasan Telok Pulai dan Mengkuang sejak kebelakangan ini hingga menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk.

Penduduk mendakwa, kegiatan itu dilakukan warga asing dan juga tempatan secara berkumpulan tidak kira sama ada kediaman itu berpenghuni atau sebaliknya.

Terbaru, seorang guru nyaris disamun dua lelaki yang menaiki motosikal sebaik dia memasuki keretanya di hadapan kediamannya di Jalan Serampang 5, di sini.

R Meenachi, 46, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi ketika dia berada dalam kereta untuk ke sekolah tempatnya mengajar.

“Sebaik saja saya masuk dalam kereta, mereka terus terpa dan cuba buka pintu.

“Nasib baik saya sempat kunci pintu kereta,” katanya kepada Sinar Harian ketika bersama kira-kira 50 penduduk lain mengadukan perihal kes jenayah kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago di tapak bersebelahan stesen komuter Teluk Pulai, semalam.

Sementara itu, seorang suri rumah mengalami kecederaan pada ibu jari tangan selepas terkena pisau yang dihunus di lehernya dalam satu kejadian pada 10 Oktober lalu.

Mangsa, Wai Kon Foong, 60, berkata, kejadian berlaku jam 9.15 pagi ketika dia memasuki kereta untuk menghantar anaknya ke sekolah.

“Masa tu saya dalam kereta dengan salah seorang anak. Tiba- tiba datang dua lelaki bermotosikal dan acukan parang ke leher, kebetulan tingkap terbuka. Mereka paksa saya bagi duit.

“Dalam keadaan panik, pisau itu terkena jari tangan. Terketar-ketar saya serahkan wang tunai RM500,” katanya yang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sejam kemudiannya.

Berikutan pelbagai siri kejadian, penduduk memohon agar pihak berkuasa meningkatkan rondaan.

Menerusi pertemuan itu, Charles berkata, penduduk menyarankan agar pondok keselamatan dibina di setiap kawasan perumahan di situ bagi memantau serta memeriksa orang yang keluar masuk di kawasan kediaman itu.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:03:32 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page