Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Samun bas sekolah: Polis tahan Geng Jahney

KAPAR, 22 Nov 2015 - Polis berjaya memberkas Geng Jahney yang dipercayai giat menjalankan kegiatan samun di sekitar daerah ini, minggu lalu.

Penahanan sembilan individu termasuk ketua kumpulan berkenaan berjaya menyelesaikan kes samun membabitkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di Jalan Meru, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 53 tahun itu, ditahan pada Jumaat lalu kira-kira jam 11.30 malam dalam Operasi Khas Lejang selepas menerima laporan daripada mangsa.

Bertindak atas maklumat, seorang lelaki berusia 20 tahun, ditahan di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Bukit Raja.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suspek, lapan lagi ahli kumpulan berkenaan termasuk dua wanita yang berusia 21 hingga 53 tahun ditahan di sekitar kawasan Klang Utara.

“Polis turut merampas pisau, parang, beberapa buah telefon bimbit dan kad ATM yang dipercayai milik mangsa yang disamun.

“Siasatan lanjut mendapati empat daripada suspek yang ditahan memiliki beberapa rekod jenayah membabitkan jenayah kekerasan seperti samun dan dadah,” katanya pada sidang media di IPD Klang Utara di sini, kelmarin.

Mohd Yusoff berkata, selain menyasarkan rombongan sekolah dan rumah mewah, Geng Jahney menggunakan nombor pendaftaran palsu serta kereta yang tidak didaftarkan untuk menyamun wang dan barang kemas mangsa.

“Siasatan masih lagi dijalankan untuk mengesan barang kemas ahli PIBG sekolah yang dianggarkan bernilai RM35,000 dan kesemua suspek direman sehingga Isnin untuk siasatan lanjut,” katanya.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 11:57:41 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page