Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Sambungan haram: Kilang proses ayam diserbu

KLANG, 25 Nov 2015 - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini menyerbu sebuah kilang memproses ayam di Kapar di sini, selepas disyaki membuat sambungan bekalan air secara haram sejak Februari lalu yang menyebabkan kerugian RM112,000.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata pemeriksaan mendapati premis berkenaan membuat penyambungan secara terus daripada paip utama Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menggunakan paip berukuran 32 mm.

"Sambungan itu kemudiannya menyalurkan bekalan air ke dalam sebuah tangki simpanan yang dibina dalam premis berkenaan.

"Ujian klorin yang dilakukan juga menunjukkan bekalan air digunakan adalah air terawat yang diambil menggunakan sambungan tidak sah bagi tujuan menjalankan perniagaan dan kegunaan harian," katanya kepada pemberita selepas operasi serbuan dan pemotongan sambungan paip haram di kilang berkenaan.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan kakitangan Air Selangor bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut Amin Lin, mana-mana pihak atau individu yang didapati membuat sambungan ke suatu sesalur utama atau paip air perkhidmatan selain daripada pemegang lesen adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Jika sabit kesalahan, pihak terbabit boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sebanyak 935 kes kecurian air direkodkan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Januari hingga November tahun ini membabitkan kerugian kira-kira RM6 juta. - Bernama
image

Kemaskini pada 2016-05-20 11:57:00 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page