Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Sultan Selangor ziarahi Makam Diraja Klang

KLANG, 9 Dis 2015 - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berangkat menziarahi Makam Diraja Klang dan menyertai majlis tahlil di makam tersebut.

Istiadat berkenaan adalah antara program yang disusun bersempena dengan sambutan ulang tahun hari Keputeraan baginda yang ke-70 pada Jumaat ini.

Sultan Sharafuddin diiringi Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi, pembesar negeri dan anggota kerabat diraja Selangor.

Majlis tahlil itu diketuai oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Makam berkenaan yang terletak bersebelahan dengan Istana Alam Shah di sini, antaranya menempatkan makam ayahanda Sultan Selangor Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan bonda baginda, Almarhum Raja Saidatul Insan Tengku Badar Shah.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyiram air mawar di kedua-dua makam berkenaan. - Bernama
image

Kemaskini pada 2015-12-18 09:13:43 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page