KLANG ,14 Disember 2015 - Seramai 25 keluarga melibatkan 97 ahli keluarga di seluruh Meru dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sementara di dewan Taman Meru 3, bermula jam 10.30 malam tadi. Ketua Kampung Meru, Mohd Thaifor Mohd Noor berkata, semakin ramai mangsa dipindahkan ekoran air semakin naik tengahari tadi. "Peningkatan jumlah mangsa banjir hari ini memaksa mereka dipindahkan ke pusat pemindahan baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru sekitar jam 2.30 petang tadi," katanya di lokasi kepada Sinar Harian. Katanya, dijangkakan lebih ramai mangsa akan dipindahkan ekoran air semakin naik di kawasan sekitar Persiaran Hamzah Alang. |
Kemaskini pada 2016-05-20 11:49:46 daripada Admin ICT