Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Nuraisyah bakal terima kaki palsu

KLANG, 20 Januari 2016  - Biro Kebajikan Umno Malaysia akan menyumbang sepasang kaki palsu kepada adik Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kaki digilis lori ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Pihaknya bersama-sama dengan Umno Bahagian Sungai Besar dan Klang akan memantau perkembangan Nuraisyah dari masa ke masa hingga dia pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menggunakan kaki palsu tersebut.

Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, juga selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji, turut mengumumkan akan menaja Siti Nuraisyah dan kedua-dua ibu bapanya menunaikan umrah apabila dia sembuh sepenuhnya.

"Kita akan taja Adik Nuraisyah dan kedua ibu bapanya menunaikan umrah sebagai tanda sokongan moral dan ia penting bagi mengembalikan semangat mereka...bukan semangat Nuraisyah sahaja, malah semangat seluruh ahli keluarga mereka," katanya.

Pakar pembedahan ortopedik menjangkakan Siti Nuraisyah akan pulih dalam masa satu hingga dua bulan.

Abdul Azeez yang menziarahi Siti Nuraisyah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut menyampaikan sumbangan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM10,000.
 
image

Kemaskini pada 2016-05-20 11:45:49 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page