Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

'Pak guard' mengaku miliki MyKad elak ditahan

image

KLANG, 20 APRIL 2016 – Taktik seorang pengawal keselamatan warga asing mengaku sebagai rakyat Malaysia
tidak menjadi apabila ditahan dalam serbuan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Imigresen
Putrajaya serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kawasan perindustrian Telok Gong, di sini, kira-kira jam
10.30 pagi, semalam.

Difahamkan, pengawal keselamatan berusia 35 tahun yang bekerja selama dua tahun itu mengaku memiliki
kad pengenalan tetapi memberitahu kad tertinggal di rumah.

Bagaimanapun, taktik lelaki itu yang tidak fasih berbahasa Melayu terbongkar selepas pemeriksaan lanjut menemui
pasport dan permit sebagai pekerja kilang.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zaini Mat Zin berkata,
selain pengawal keselamatan warga India terbabit, enam yang lain berusia lingkungan 20 hingga 50-an turut ditahan
dalam operasi hampir dua jam itu.

“Tangkapan lain membabitkan pengawal keselamatan warga Indonesia dan Nepal,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mendedahkan, semua yang ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen selain menyalahgunakan
permit bekerja.

Zaini berkata, KDN akan memanggil majikan mereka untuk tindakan lanjut.

 

Kemaskini pada 2016-05-20 11:40:11 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page