WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Fahami Maksud Ibadah Korban



image

 
KUALA LANGAT - Ibadah korban yang dilaksanakan umat Islam diharap dapat dihayati sepenuh hati serta memantapkan tahap pengorbanan diri kepada agama, bangsa dan tanah air.
 
Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli berkata, menjadi perkara penting bagi umat Islam  memahami maksud dan pengertian di sebalik sejarah penting itu terhadap kehidupan seharian 
 
sebagai umat Islam sejati.Katanya, umat Islam perlu menghayati dan menterjemahkan pengertian ibadah korban dalam kehidupan seharian bagi membolehkan mereka memiliki daya saing serta mempunyai jati diri yang kuat bagi 
 
menghadapi cabaran semasa.
 
“Dunia sekarang yang semakin mencabar menuntut setiap individu untuk lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan, malah sedia berkorban demi agama, bangsa dan negara,” katanya, semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Korban Perdana Bersama Penggali Kubur anjuran bersama Umno Bahagian Kuala Langat dan JKKKP Kuala  Langat.
 
Pada program di pekarangan rumah Ketua Umno Cawangan Jalan Bambu, Ismail Surip itu, sembilan ekor lembu telah dikorbankan, turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusof.
 
Beliau yang juga Yang Dipertua JKKKP Kuala Langat berkata, selain meraikan hari kebesaran dengan penuh rasa syukur, mereka turut meraikan golongan penggali kubur dalam Kuala Langat yang 
 
memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Kemaskini pada 2016-05-27 12:09:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1350428 Tarikh Kemaskini : 29 03 24