WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

MDKL kesan tiga lokasi baharu

MDKL kesan tiga lokasi baharu

image
 
BANTING - Tiga lokasi pembuangan sampah haram baharu di kesan di kawasan Telok Panglima Garang dan Bandar Mahkota.
 
Penemuan itu menjadikan jumlah keseluruhan 54 lokasi sampah haram di sekitar Kuala Langat dan ia menunjukkan kesedaran orang ramai terhadap isu kebersihan masih rendah.
 
Malah, dari Oktober hingga November 2015 sahaja, sebanyak 47 operasi sampah haram dijalankan membabitkan 51 hotspot sampah haram yang dikenal pasti.
 
Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, daripada jumlah itu, 18 kompaun dikeluarkan kepada pesalah dan tiga daripadanya melibatkan kawasan Bandar Saujana Putra.
 
"Pemeriksaan yang kita jalankan mendapati, ia membabitkan sampah penjaja air kelapa, domestik rumah dan sebagainya.
 
"Malah, dalam operasi mengejut Oktober lalu, sebuah lori ditahan dan disita kerana kesalahan membuang sampah haram membabitkan sisa penjaja air kelapa di di Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra," katanya.
 
Menurutnya, tangkapan dan penahanan itu dibuat atas kesalahan membuang sampah di tempat tidak dibenarkan MDKL di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah MDKL 2007.
 
“Melihatkan kadar akur untuk menjelaskan kompaun yang rendah, pesalah akan berdepan pendakwaan kes di mahkamah kerana ingkar menjelaskan kompaun dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda maksima RM2,000," katanya.
 
Beliau berkata, MDKL komited menangkap dan mendakwa mereka yang didapati membuang sampah haram.
 
"Hanya dengan tindakan maksimum tanpa kompromi dapat membebaskan daerah ini daripada isu sampah haram.
 
"Rondaan untuk pemantauan dan penguatkuasaan juga dilakukan setiap hari hasil kerjasama orang awam dan aduan di kawasan kawalan," katanya.
 
Difahamkan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat turut sama menggerakkan pasukan bagi mengurangkan lokasi hotspot sampah haram.

Kemaskini pada 2016-05-26 16:34:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354423 Tarikh Kemaskini : 18 04 24