PERTANYAAN-PERTANYAAN BERKAITAN
TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan TAWAS?
TAWAS adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
2. Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?
Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
a) Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.
b) Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.
c) Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.
3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini? Syarat diperbaharui pada 12 April 2010
Syarat 1
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Syarat 2
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
*Pendaftaran bagi kelahiran 2008 yang termasuk dalam kategori ini dibuka semula bermula 16hb April 2010 sehingga 15hb Oktober 2010 (6 bulan).
Syarat 3
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar negeri Selangor (sempadan negeri Selangor) mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. *Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di negeri Selangor. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/ Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah yang bersempadan dengan negeri lain. Contoh: Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor-Wilayah Persekutuan sahaja.
4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?
Mendaftar melalui borang pendaftran rasmi atau daftar secara Online di sini.
atau
Pusat Pendaftaran:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS):
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut:
a) Borang pendaftaran Online (jika mendaftar secara Online).
b) Sijil Kelahiran dan MyKid anak.
c) Kad pengenalan ibubapa/penjaga
d) Surat perakuan anak angkat (jika perlu)
Tarikh Tutup Pendaftaran TAWAS Adalah Pada Hari Ulangtahun Pertama Pemohon
*Nota : Setiap pendaftaran yang berjaya akan diberi "Kad SiManja TAWAS" yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti penyertaan di dalam Tabung ini
5. Bilakah tarikh pelancaran ?
31 Ogos 2008
6. Siapakah urusetia yang boleh dihubungi untuk pertanyaan selanjutnya?
Projek TAWAS
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03 - 5521 8740 atau 03 - 5521 8741
Faksimili: 03 - 5521 8742 atau 03 - 5521 8743
Kemaskini pada 13 April 2010