Arab | China | Perancis | Jerman | Hindi | Itali | Jepun | Korea 

 Font Kecil Font Pertengahan Font Besar   Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning
Facebook Selangor Twitter Selangor RSS Selangor Flickr Selangor

Carian

Laman web rasmi Darjah Kebesaran Selangor 
Titah Ucapan D.Y.M.M.    
Sultan Selangor 2010
     

  Info Am
  Tarikh kemaskini
  Jumlah Pelawat

  3502869 

  Undian
 

Apakah pandangan anda mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?

 Sangat memuaskan

 Memuaskan

 Neutral

 Tidak memuaskan

 Sangat tidak memuaskan

View Past Polls

  Jaringan Selangor
Facebook Selangor Twitter Selangor RSS Selangor Flickr Selangor

4. Mesra Usia Emas

 

SOALAN LAZIM

MESRA USIA EMAS
Program Mesra Usia Emas

1. Di mana BORANG  dan bagaimanakah cara untuk menyertai Mesra Usia Emas?

Bermula 1 Oktober 2008, pemohon hendaklah mendapatkan Borang Mesra Usia Emas di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan pemohon tinggal. Sila lihat senarai Pusat Khidmat DUN

2. Apakah tujuan program Mesra Usia Emas ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?

Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.

3. Bilakah tarikh program Mesra Usia Emas ini akan beroperasi secara rasmi?

Program Mesra Usia Emas ini dijangka akan beroperasi sekitar Oktober 2008, dan tertakluk kepada sebarang pengumuman rasmi dari semasa ke semasa . Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2008 yang lalu. Manakala Logo rasmi Mesra Emas pula (seperti yang telah dipaparkan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008, sempena Sambutan Perayaan Ambang Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor

4. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program Mesra Usia Emas ini?

Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN

- Lahir di Negeri Selangor ATAU

- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU

- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

5. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini?

 Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.

6. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut?

Tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan di dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat.

Penama boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.

7. Siapakah urusetia yang boleh dihubungi untuk pertanyaan selanjutnya? baru

En. Kamsani Bin Nasir,
Ketua Pegawai Operasi,
Rantaian Mesra Sdn Bhd
Alamat : Tingkat (G), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 3468, 03-5510 3472 Faks: 03-5510 3455
E-mel: mesrausiaemas@gmail.com


Kemaskini pada 22 Mei 2009 

 
 
Print a printer-friendly version of this page  Print this page 
E-Mail this page to a friend  E-Mail this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Soalan Lazim | Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Peta Laman

Hakcipta © 2010 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Laman Web ini sesuai dilayari oleh semua jenis pelayar web dan resolusi terbaik adalah 800x600 ke atas.
Penafian: Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Muat turun perisian Acrobat Reader untuk membuka fail berformat PDF