Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Kerajaan Negeri Tidak Pinggir Warga Desa

WARTAWAN SINAR HARIAN | 5 OKTOBER 2015
Kerajaan negeri tidak pinggir warga desa
Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan turut hadir menerima peruntukan karpet masjid dari Lembaga Zakat.

SUNGAI PELEK - Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi telah merancang pelbagai program untuk memastikan masyarakat kampung tidak ketinggalan menikmati kemajuan.

Pengerusinya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM12 juta untuk menaik taraf jalan luar bandar di semua daerah.

Menurutnya, selain itu, peruntukan RM4 juta tahun ini pula adalah khas untuk kemudahan asas desa yang boleh digunakan bagi projek aik taraf balai raya.

“Bagaimanapun, kelulusan projek adalah tertakluk kepada keperluan kos projek yang dicadangkan.

“Sehingga Julai 2015, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah meluluskan sebanyak 71 projek dewan dan balai raya di semua daerah melibatkan peruntukan berjumlah RM2.24 juta,” katanya.

Ahmad Yunus berkata, semua balai raya di bawah kawalan pejabat daerah dan tanah masing-masing.

Sementara itu, pihak jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) diberi tanggungjawab memastikan keadaan balai raya baik serta diselenggara sempurna bagi mengelak sebarang kes vandalisme.

“Kerajaan negeri juga berharap setiap kampung mampu membangunkan ekonomi di kampung masing-masing serta meningkatkan pendapatan dengan adanya program Satu Inkubator Satu Daerah.

“Program usahawan kemahiran jangka pendek serta program usahawan komuniti desa itu bakal memajukan produk kampung,” katanya pada Perasmian Karnival Kampungku Kesayanganku 3K Daerah Sepang di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek.

Program tiga hari bermula Jumaat itu turut disertai pelbagai jabatan kerajaan dan anak syarikat korporat membawa mesej merakyatkan program tersebut termasuk Jabatan Mufti dan Jabatan Kehakiman.

Kemaskini pada 2020-10-13 10:05:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page