Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah/Tanah Sepang Bulan September

Pada 29 September 2015 (Selasa) Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah/ Tanah Sepang yang dihoskan oleh Bahagian Pembangunan Tanah telah diadakan di Bilik Seminar Pejabat Daerah Sepang. 


Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor dan diikuti dengan bacaan ikrar. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi perkongsian informasi dari setiap wakil bahagian. 


Bahagian Khidmat Pengurusan diwakili oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sepang iaitu Puan Siti Noorliza binti Md. Salleh, Bahagian Pembangunan diwakili oleh Encik ‘Imran Bin Jamalul-lail dan Bahagian Tanah telah diwakili oleh Encik Najmuddin Bin Jemain.


Majlis diakhiri dengan tayangan video aktivit-aktiviti yang dijalankan di Pejabat Daerah Sepang dan penyampaian cenderamata harijadi bagi bulan September. 


Kemaskini pada 2020-10-13 10:06:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page