Khas Untuk Pengguna [ x ]


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

alt
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
alt  alt

pdthl

alt   

alt    alt    alt   

MB Rasmi Dewan Utama Demesne Hulu Langat

 

 

HULU LANGAT, 11 JULAI: Dewan Utama Demesne yang bernilai RM3.5 juta dirasmikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.Pegawai Daerah Hulu Langat, Dato’ Zulkefli Khalid berkata, perasmian dewan yang mampu memuatkan seramai 900 orang pada satu masa itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Hari Raya.

“Majlis sambutan hari raya ini juga diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar yang sudi hadir merasmikan dewan yang menggunakan peruntukan Wang Amanah Infrastruktur Sosial Selangor dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Antara kemudahan yang ada seperti bilik persalinan, dua gelanggang badminton, satu gelanggang sepak takraw, bilik VIP, kemudahan pakir termasuk untuk golongan orang kelainan upaya (OKU),” katanya pada Majlis Perasmian Dewan Utama Demesne dan Sambutan Hari Raya Pejabat Daerah Hulu Langat di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin memalu gong dan menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik perasmian dewan bagi digunakan acara rasmi Kerajaan Negeri.

Mohamed Azmin turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para tetamu kenamaan dan kakitangan Pejabat Daerah Hulu Langat.

Antara yang turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah; Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Razaly Hassan; ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz dan ramai lagi.

Maklumat Lanjut >>

 

 

 


Kemaskini pada 2017-07-14 09:42:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page