Khas Untuk Pengguna [ x ]


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

alt
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
alt  alt

pdthl

alt   

alt    alt    alt   

4654 Permohonan Milikan Tanah Selesai di Hulu Langat

 

 

Sebanyak 4,654 tunggakan permohonan pemberi milikan tanah di daerah Hulu Langat berjaya diselesaikan sehingga kini melalui penubuhan pasukan “task force” Pejabat Daerah dan Tanah di kawasan itu.

Manakala baki 46 permohonan lagi akan diselesaikan melalui kerjasama antara Pejabat Daerah itu dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), kata Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

IMG_7885Beliau berkata kaedah ini dijadikan “pilot project” oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan untuk menyelesaikan permohonan pemberi milikan yang tertunggak di samping mengeluarkan hak milik muktamad secara serentak.

“Pada peringkat pertama ini ia dijangka dapat diselesaikan pada suku tahun pertama 2014 dengan pengeluaran 183 hak milik muktamad.

“Selepas ini, program berkenaan akan dijadikan modal bagi negeri-negeri lain untuk menyelesaikan masalah dan isu berhubung pemberi milikan,” katanya semasa Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak.

 

- See more at:http://bm.selangorku.com/40063/4654-permohonan-milikan-tanah-selesai-di-hulu-langat/


Kemaskini pada 2018-01-15 11:03:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page